Tuesday, December 29, 2009

Kisah Seram

Ok..
Kisah ini benar berlaku..
Sumbernya daripada corong-corong radio..

Kisahnya,

"Pada suatu hari, 3 0rang rakan sahabat ingin pulang ke kampung.
Mereka kesemuanya dalam keadaan lapar dan menuju ke sebuah warung.
Apabila mereka nak membuat order, seorang wanita serve mereka.
Tetapi mereka aneh kenapa wanita itu saling memandang ke bawah.
Begitu juga semasa menghantar pesanan makanan mereka.
Mereka hairan bagaimana wanita itu boleh menguruskan sebuah
warung dengan hanya seorang diri.
Apabila sudah selesai menjamu selera dan membayar harga makanan
itu,mereka menuju semula ke kereta. Salah seorang rakan mereka
menoleh ke belakang dan mendapati bahawa warung itu sudah tiada.
Lalu mereka tersedar bahawa jam menunjukkan pukul 2a.m.
Mereka pun terus jalan tanpa menoleh lagi ke belakang.
Sesudah sampai di kampung, mereka menceritakan perkara
aneh itu kepada orang-orang kampung.
Seorang demi seorang berkata bahawa tempat itu memang
tiada warung walaupun sebuah.
Mereka bertiga hairan siapa yang mengambil pesanan, memasak,
menghantar pesanan serta menerima wang mereka.
Orang-orang tua yang lebih berpengalaman hanya
beranggapan yang mereka mungkin 'singgah' di
perkampungan Bunian."


Tak silap la..

Lokasi : Highway ke Johor ( berdekatan dgn Tugu Jepun)

Allahualam..

No comments:

Post a Comment